Dah lama rasanya xmengarang ayat kat blog neh... Korang pon mesti rindu kat aku kan.. kan... (xnak ngaku leteww) fehewwww sedar2 dah tahun 2013 pon... Dan lagi 5hari kita akan menyambut bulan Ramadan..
Tahun lepas adalah tahun yg paling turf dlm hidup aku...
Korg ingatkan entry aku yg sebelum ni, sbenarnya aku telah disahkan mengandung tanpa aku sendiri ketahui. Kami laki bini ni punyalah syok sampaikan terkelu bila Doc bgtau aku preggy.. hahaha (masih terbayang lagi wajah kegembiraan suamiku)
Yg ni aku buat UPT sendiri kat rumah (malam)
Namun, kegembiraan itu sekejap je.. Hanya 4hari je sempat aku merasa pengalaman itu... Kejadian tu terjadi pada hari jumaat yg penuh berkat. Dengan tiba2 aku rasa yg amat sakit di bahagian ari-ari(sakit sgt2)
Kawan2 ofis tolong bawak aku pergi hospital dan dipendekan cerita setelah Doc. godek2 aku diberitahu berita yg amat mengugurkan jantungku. "Maaf puan, kandungan puan mengalami Ectopic pregnancy. Kami terpaksa buat operation kat puan". kalau korg xtau ape tu Ectopic nah tgok link ni.. http://www.babycenter.com.my/a549381/ectopic-pregnancy
Doc. pon berlalu pergi. dan aku terasa seluruh nyawaku pergi.. Hanya air mata menemani aku ketika ini.. Ku hanya bgtau kat suamiku bila dia sampai di ward.. wajah hampanya itu pon masih aku ingati..
Tetapi wajah itu sekejap saja, suamiku terus menceriakan aku dgn lawak2nya.. Namun setelah suamiku pulang aku kembali merembeskan air mata..
Muka after operation.. Buat2 ceria..
Hampir setahun aku down.. Aku belajar dari pengalaman itu.. Rezeki itu datang dari Allah s.w.t dan bila2 masa pon DIA berhak ambik semula...dan Allah xkan menguji hambaNya jika hambaNya tidak mampu menerima ujiannNya..
Sehingga kini aku masih memohon dan meminta kepadaNya agar diberikan zuriat, namun aku masih belum diberi rezeki itu.. Aku tetapkan bersabar dan menunggu anugerah dariNya...
"Sayang, ibu akan jumpa awak nanti disana ye.. Awak tetap dihati ibu selamanya wlaupon kita hanya sempat bersama 4hari saja"
No comments:
Post a Comment