Showing posts with label Ramadan. Show all posts
Showing posts with label Ramadan. Show all posts

Friday, 25 July 2014

Looking For a Raya Haircut Style


Yerloo..
Kata nak raya kann
So iolss nak lerr tuka gaya rambut (walhal pakai tudung kot)

Actly, incEk husband la....
"Ayg, rambut ayg dah panjanglaa.. xnak potong kee"
ehhh, overkan laki iolss

Oklaa, am looking for a new haircut larr
Nak potong pendek xmo ikat2
Kita kasi potong ini rambut!!!!

So start google "short haircut for square face"


 Like dis maybe... ok x?

or dis one.. nice uhh?

ini pon cute kan.. tp pendek ckit lg ok kan?

Banyak lagi hairstyle macam2 laa.. So, balik kampong ni kita kasi potong ini rambut!
Cuma nak kena discuss again ngn incEk somi which one dia suka
nanti iolss hapdet hokey....

Tuesday, 22 July 2014

~Permintaan Suamiku lagi~


Hari kerja biasa aku akan masak juadah berbuka 2 lauk ajee
Berkuah satu dan kering satu
En somi la yg nak gituu

Jadi 
Bila hari minggu barulah aku masak best2 ckit
Masak nasi tomato
Nasi minyak
Nasi lemak
Lauk 3-5 jenis
(Semua di atas permintaan ye)
Beserta la kuih muih (yg sonang2 jelaa)
Ni aku nk share ler kuih muih minggu lepas yg sempat aku buat


Coq Keria (Bahan2)
Keledek direbus & siap dilecek (aku guna keledek oren direbus dengan air & sedikit garam)
tepong gandum
garam cikit
Minyak masak utk menggoreng

Bahan salut
4 sudu besar gula pasir
2 sudu air

Caranya
1. Campurkan keledek lecek bersama garam & tepong gandum & uli sehingga rata.
2. Bulat2kan & lubang ditengah2 supaya jadi bentuk gegelang atau bentuk keria. Habiskan kesemuanya.
3. Panaskan minyak masak api sederhana lalu gorengkan keria sehingga masak kedua2 belah. Angkat & toskan.
4. Dalam kuali bersih yang lain, masukkan bahan salut & masak sehingga gula larut & menjadi pekat, berbuih2 & bertali2 apabila diangkat dengan sudip.  Bila buih2 hampir hilang & pekat, masukkan kuih keria lalu dikacau rata tanpa berhenti. Bila semua kuih bersalut gula, kecilkan api dan terus balik2kan kuih sehingga air gula(mengeras) & bersalut dengan kuih. Tutup api & hidang lerrr




Kuih Melaka (bahan2)
Tepung pulut
air secukupnya
gula melaka 
6 helai daun pandan ( 5helai diblender)
kelapa muda parut 

sedikit garam

Caranya
Gula Melaka di potong kiub kecil.
Kelapa muda parut di gaul dengan sedikit garam. Ketepikan.
Masukkan tepung pulut dalam bekas dan tuang air daun pandan sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan. Ketepikan.
Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk.
Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel bulat.
Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.
Apabila kuih timbul bolehlah di angkat dan toskan di dalam tapis.
Bila kuih telah sejat airnya, golek-golekkan di atas kelapa parut tadi.
Sedia untuk dihidangkan.





Thursday, 10 July 2014

Begedil Daging


Hari mggu lepas, mr hubs mintak iolss buatkan begedil.. 
Teringin katanyaa alololo
Nasibla hri mggu uolss, bleh laa prepare bebarang utk masak awai2(aku ni msak slow)
Jom iolss kongsikan dgn uolss cara2 nk buat begedil versi iolss.. bajet sodap je! 
(Tp xpe yg pwenting laki iolss suka😁)


Bahan2
 4 biji kentang (saiz sederhana)
 250 gram Daging cincang (aku guna 3keping daging beger, tamak yedokk)
 2 biji telur
 1 labu bawang besar (dadu)
 Secekak daun sup (potong ikut suka)
 Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng


Caraku:
1) Kupas kentang dan potong dadu besar or potong bulat2.. (ikut suka korang nak potong camna). Then, iolss rebus smpai empuk. (Kalau nk goreng kentang pon boleh)


2) Then goreng tanpa minyak daging cincang sampai masak. Then, toskan.


3) Lenyek kentang yg telah digoreng tadi menggunakan batu lesung.

4) Potong dadu bawang besar dan potong kecik2 daun sup.


5) Satukan daging cincang, kentang lenyek, bawang dan daun sup dalam satu bekas. Masukkan kuning telur dan sedikit garam.Gaul sebati semua bahan.

6) Bentukkan aduanan bulat2 dan leperkan.. Buat sehingga habis adunan. Untuk adunan ni boleh menghasilkan 20 biji begedil. [bergantung kepada saiz ye]

7) Panaskan minyak untuk menggoreng. Minyak tak perlu banyak sgt, agak2 tenggelam separuh begedil je..

8) Celupkan begedil dalam putih telur dan masukkan dalam kuali. Agak2 sebelah bawah dah garing baru terbalikkan.. Goreng sehingga warna keemasan dan angkat.


Siap!!!

Ok....

Selamat mencuba dan selamat berpuasa!!


Sunday, 29 June 2014

Belanja zaman kini oiii



Selamat Ramadhan korang
Ni story kelmarin, al-maklumla esok nk pose harini la bru tgedik2 nk pi beli brg2 dapoq
Well nk pi jauh2 malas pi la Alam tuuu
Aeon Big(big sgt)

Punyala ramai manusia hoiii
igat aku je yg bli brg last minute rupenyaaaaaa
Naseb kt parking dh amik troli (fuhhhhh)

(RM 145.25)

Haaaa inilah brg2 yg sempat diborong.
banyak tu jee pon dah seratus lebih... mahainya brg2 la niiii
Barang2 ni utk seminggu jeponn kcuali la syampoo ka pcuci muka ka sabun basuh ka apa ka tahanla sebulan kot(hahaha)
bawang, teloq, kunyit bla bla bla tahanlaa sminggu++ 
yg lain silap2 xsmpai 3harii
Hubs iolss ni makan kuat oii (mati aku kalu dia tau)
iolss masak hari2 tau sbb hubs iolss xsuka makan luaq
So, tiap 2mggu msti kne beli brg kering.. brg basah toksah la ckap sminggu skli wajib beli (hahaha)

Sambung blik psal brg2 ni, ku rasa dlu xdela kot mahai cmni..
skg 3-4 brg dh nk RM50 lebih huhuhu
ni baru je brg utk berdua kalau bertiga ke berempat x ke naya oiii

bilalah gamaknya lakiku nk balik kg
kat sana makan murah, brg pon murah (beli je kat kedai maknya bodo)
semua pon murahla.. pasar mlm pon best tp........................................
lakiku bgtau lg 10taun kot bru nk blik kg 

huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa




Monday, 5 August 2013

Balik Kampung

Hari ni dh puasa ke 27.. Cepatkan masa berlalu.. Tahun ni turn weolss beraya di kampong soulmate (Penang) Insha Allah malam ni bertolak pulang..

Eh baju suma xpacking lg ni.. Mood melayang skit sbb migrain kot.. Weolss kalu packing utk balik penang mesti macam nk pindah rumah. Mana taknya beg tarik saja utk weolss dh 2 beg tarik. Kasut, handbag, brg make up n mcm2 lg la(walhal brg ai je lebey) belom ada ank lg ni.. 3h 3m pon blom tentu siap packing! Adehhh

Family soulmate suka jenjalan+makan2(I like) tu yg kne bwk baju berlebihann.. Hehe.. Penangkan mcm2 hadoo.. Makanan pon mcm2. Tu pasal la badan ai jd bambam..

Sbelum bertolak weolss gi berbuka lg kat umah my mom.. Sabtu ritu ai masakan nasi ayam n tauhu sumbat utk semua. Nasibla jadi nasi ayam tuu.. Mak suka, soulmate n adik2 pon suka.. Yg paling xleh blah mak siap buatkan ai pulut kuning ngn rendang daging!! Auwww my fav!! Mak pulak suka ai buat tauhu sumbat tuu.. Mak kata kuah kacang ai sodap! Sayang mak....

Nah layan je gambar k. Ai nk smbung packing barang lg ni..





Xoxo



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 31 July 2013

Puasa Day - 22

Cepatkan masa berlalu.. Sedar xsedar dah nak raya.. Horeeee!!
Actly xde pepon nk tulis, sje je nk post gmbar berbuka td..
Hari ni ai masak ikan sardin goreng, sambal sutOn, kubIs masak lemAk dan sutOn goreng tepOng.. Yummmss!
Jeeeemmpuuttt uolssss..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 17 July 2013

Puasa Day - 8

Hii uolssss!!!
Mcmner puasa harini? Ada ok kah??
Btw, harini uolsss masak ape ehh?
Ce kongsi ckit dgn ai...
Ai dh xdek idea kot nak masak apa...

P/S : sila tggalkan nama masakan n resipi anda di komen eh..

Xoxo
Love putri
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 15 July 2013

Puasa Day - 6

Inilah hasil dari pertukaran dengan jiran2..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

TAZKIRAH RAMADAN


8 Soalan MANUSiA & AL-QUR'AN bila ditimpa Masalah:

1) Manusia : Bolehkah aku kecewa ?

Qur’an : Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.

Ali Imraan : 139

2) Manusia : Kenapa aku diberi ujian seberat ini?

Qur’an : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

Al-Baqarah : 286


3) Manusia : Kenapa aku tidak diuji saja dengan hal-hal yang baik ?

Qur’an : …boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Al-Baqarah : 216

4) Manusia : Kenapa aku diuji ?

Qur’an : Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?

Al-Ankabuut : 2

Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

Al-Ankabuut : 3

5) Manusia : Bolehkah aku berputus asa ?

Qur’an : ...dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.

Yusuf : 87


6) Manusia : Bagaimana cara menghadapi ujian hidup ini?

Qur’an : Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.

Ali Imraan : 200

7) Manusia : Bagaimana menguatkan hatiku?

Qur’an : …cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.

At-Taubah : 129


8) Manusia : Apa yang aku dapat dari semua ujian ini?

Qur’an : Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.

At-Taubah : 11
 
Credit to : Facebook Diana Amir 
p/s: Yang di highlight Biru Jawapan utk aku ^_^

Friday, 12 July 2013

Puasa Day - 3



Hari ni ada ceramah bulanan.. Tajuk dia sgt2lah mgusik jiwa.. "FITRAH"
Salah satu kata2 ustaz tu " Kita xsuka org lain usik kita jd samalah mcm org lain xsuka kita usik dorg"
Contohnya......,
"Kalau kita xsuka perempuan lain kacau suami kita maka janganlah kita kacau suami org"
Itu mmg Fitrah wanita............ TETAPI perempuan sekarang ni suka kacau suami org padahal dia xsuka perempuan lain kacau laki dia....Haihhh...
Sama jugaklah dengan para suami......
Dah memang begitulah FITRAH manusia.....

Conclusion :
Apa2 pon kita tetap kena berpegang pada agama dan sujud pada Allah S.W.T
Jangan sesekali berpaling dari Yang Esa..
Insha Allah apa segala yang kita buat, msti kita akan rujuk dan ingat Allah S.W.T

Jadi ustazah jap ai uolasss... but Pengalaman mengajar kita erti segalanya...

Thursday, 11 July 2013

Puasa Day - 2


Haiiii uolssssss......
Selesai jugak puasa hari kedua... Alhamdulillah...
Hari ni dapat banyak sgt berita gembira.. Rasa bersyukur sgt2... Alhamdulillah!
Semoga kebahagian ini kekal selamanya, aminnn....
Btw nah layan lauk berbuka hari nii... Happy If'tar uolssss ^_^



Wednesday, 10 July 2013

Puasa Day - 1 (Part 2)

Harloooo....
Dah berbuka?? Jangan makan kenyang sgt tau satg nak bertarawikh semput plak...
Actly sajee jew nak bagitau yg tadi aiolss xpi pon pasar sebab..... ...
ramai nooo manusia yg memborong makanan... So aiolss decide masak je kt rumah... hahaha (psss... lagipon dapat pahala masak kat suami.. hehe)
Aiolsss pon pongpang2 la berperang kat dapoq (walhal masak 2lauk je pon.. Adehh) ahaaaaa.....  Da main dish nye adalaahhhhh....... taraaaaaaaa





Ikang Bawal Masak sweet n sour ..








Ikan tenggelam dek terlampau byk sgt sayoq.. ^_^ 
Happy Iftar uolssss!!

Puasa Day - 1

Assalammualaikum..
Mcmner puasa 1st day ni?? Korg ok x?? ke dah mamai2..
ke tengah melayan Encik Google tengok apa yg nak masak harini..
Ai tgh bersiap sedia nak menuju ke Bazar Ramadan.. 1st day ni nak "usha" Bazar Ramadan kat Putrajaya...
Maklumlah 1st day malas kot nak masak....
So, Selamat berbuka dan bertarawikh uolsssss.....



Tuesday, 9 July 2013

Selamat Berpuasa...


Assalamualaikum semua...
Semalam dah diumumkan yg esok kita akan berpuasakan...
Korg sume dah ready ke??? Hah.... Malam ni adalah malam pertama kita akan menunaikan Solat Terawikh tau....  Uolss ingat x Niat Solat Terawikh???
Xpe.... Nah tengokk ni..  ^_^


Niat Solat Tarawikh :

Niat Solat Witir :
1.  Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:

2. Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:

Ha.... Yang ni plak niat berpuasa dan berbuka .... ^_^




Niat Puasa dan Berbuka :



Dan akhir sekali Jadual waktu Imsak dan Berbuka bagi Putrajaya ^__^


So, Selamat menunaikan Ibadah Puasa dan Solat Tarawikh ye uolsss..
Kalau ai ada buat salah dan silap haraplah dimaafkan ^_*