Hari kerja biasa aku akan masak juadah berbuka 2 lauk ajee
Berkuah satu dan kering satu
En somi la yg nak gituu
Jadi
Bila hari minggu barulah aku masak best2 ckit
Masak nasi tomato
Nasi minyak
Nasi lemak
Lauk 3-5 jenis
(Semua di atas permintaan ye)
Beserta la kuih muih (yg sonang2 jelaa)
Ni aku nk share ler kuih muih minggu lepas yg sempat aku buat
Coq Keria (Bahan2)
Keledek direbus & siap dilecek (aku guna keledek oren direbus dengan air & sedikit garam)
tepong gandum
garam cikit
Minyak masak utk menggoreng
Bahan salut
4 sudu besar gula pasir
2 sudu air
Caranya
1. Campurkan keledek lecek bersama garam & tepong gandum & uli sehingga rata.
2. Bulat2kan & lubang ditengah2 supaya jadi bentuk gegelang atau bentuk keria. Habiskan kesemuanya.
3. Panaskan minyak masak api sederhana lalu gorengkan keria sehingga masak kedua2 belah. Angkat & toskan.
4. Dalam kuali bersih yang lain, masukkan bahan salut & masak sehingga gula larut & menjadi pekat, berbuih2 & bertali2 apabila diangkat dengan sudip. Bila buih2 hampir hilang & pekat, masukkan kuih keria lalu dikacau rata tanpa berhenti. Bila semua kuih bersalut gula, kecilkan api dan terus balik2kan kuih sehingga air gula(mengeras) & bersalut dengan kuih. Tutup api & hidang lerrr
Kuih Melaka (bahan2)
Tepung pulut
air secukupnya
gula melaka
6 helai daun pandan ( 5helai diblender)
kelapa muda parut
sedikit garam
Caranya
Gula Melaka di potong kiub kecil.
Kelapa muda parut di gaul dengan sedikit garam. Ketepikan.
Masukkan tepung pulut dalam bekas dan tuang air daun pandan sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan. Ketepikan.
Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk.
Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel bulat.
Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.
Apabila kuih timbul bolehlah di angkat dan toskan di dalam tapis.
Bila kuih telah sejat airnya, golek-golekkan di atas kelapa parut tadi.
Sedia untuk dihidangkan.

No comments:
Post a Comment